Wednesday, February 13, 2008

Perkara menarik yang berlaku kepada saya pada hari ini ialah saya harus mencari beberapa orang di seluruh sekolah.Saya harus berlari seluruh sekolah untuk mencarinya kerana saya hanya ada masa terhad untuk mendapatkan dua daripada tiga orang tersebut.Bila saya tidak jumpa dua orang tersebut,saya memberitahu kawan saya sebab dia tidak boleh mencari orang tersebut kerana dia sibuk.Bila saya sambung untuk mencari orang yang lagi satu,saya jumpa dua orang tersebut dan beritahu mereka bahawa kawan saya mencari mereka.Saya sambung mencari orang yang lagi satu,saya berjalan seluruh sekolah untuk mencarinya.Selepas mencarinya selama sepuluh minit,saya menyerah dan duduk di sebuah meja sebelah perpustakaan dan membuat kerja rumah saya.Selepas saya membuat kerja rumah saya selama dua jam,saya kemas barang saya dan pulang.Semasa saya sedang turun tangga sekolah,sampai sahaja saya di tangga tingkat satu,saya nampak orang yang saya mencari sebelum selepas sekolah itu.Bila saya nampak dia,saya lari jauh daripadanya kerana saya takut akannya dan pulang ke rumah.

Monday, February 11, 2008

Pengalaman saya mencipta blog ini adalah sesuatu pengalaman yang sukar kerana saya tidak berapa faham macam mana untuk membuat blog.Kadang-kadang saya berasa macam tidak mahu membuatnya sahaja.Ianya sangat susah.Pendapat saya tentang penggunaan blog sebagai wadah pembelajaran ialah,ia boleh digunakan untuk pelajaran tapi sedikit sukar untuk pelajar yang tidak mempunyai komputer atau internet.

Monday, January 21, 2008

Blog Kesayangan Saya

Tulis pengalaman kamu mencipta blog ini.Apakah perasaan yang kamu alami?Jelaskan mengapa.Apakah pendapat kamu tentang penggunaan blog sebagai wadah pembelajaran?